Impian ku memang besar dan banyak,tak yang paling penting sekali buat masa ini ialah mendapat kejayaan dan akan aku bagi kejayaan aku itu kepada kedua ibu-bapa aku kerana mereka telah banyak berkorban untuk aku selama ini..mereka sedaya upaya memberi yang terbaik untuk aku dan adik-baradik..namun,aku tetap dapat melihat kesusahan mereka dalam membesarkan kami,ini kerana aku bukan la berasal dari golongan berada..jadi,mereka tidak mahu hidup kami susah seperti mereka,walaupun mereka tidak pernah minta balasan tapi aku rasa tidak adil bagi hidup aku kalau aku terus lupa kan mereka..selain itu,selepas aku mendapat kerja,aku nak shopping puas-puas,nak beli baju,seluar,kasut dan macam-macam lagi,nak melancong ke seluruh dunia..kalau boleh,aku nak cari sebanyak mana yang boleh ilmu,ini kerana,bagi ku,dengan ilmu,seseorang akan di pandang tinggi oleh masyarakat..selain itu,aku nak jadi pendidik dan aku boleh didik pelajar supaya menjadi seorang yang berilmu pengetahuan.selain itu juga,kalau dapat rezeki yang lebih,aku nak sedekah sebahagian dari pendapatan ku ke rumah anak yatim,rumah-rumah orang tua dan kepada orang-orang miskin..
Thursday, October 16, 2008
IMPIANKU

CERITA PALING BEST

setakat nie,cerita paling aku suka sekali ialah sinetron dari indonesia,SOLEHA.tak tahu kenapa boleh kata cerita itu best.mungkin sebab jalan cerita yang sedih dan menarik atau hero dalam cerita tu handsome atau pun watak soleha yang lembut dan tabah dalam apa jua keadaan nya..mula-mula aku tengok jer cerita tu,aku terus jatuh hati dekat cerita tu..lepas tu rasa macam tak nak tinggal langsung cerita tu..kadang-kadang,aku rela tolak pelawaan kawan untuk pergi kemana-mana sahaja demi nak tengok cerita tu..tapi,dapat masuk UDM nie,tak dapat la tengok sebab tiada masa..tapi ada jugak la kadang-kadang call ma untuk tanya pasal cerita tu..tapi kadang-kadang tu,tengok youtube aje,tapi tetap tak puas hati...alangkah bahagia nya aku kalau dapat tengok cerita tu sampai habis tanpa halangan...he2...
WARNA KEGEMARAN
tapi kalau warna yang paling aku tak suka ialah warna kuning..eeee..geli betul bila tengok warna kuning nie...
KAWAN-KAWAN KU.
aku memang suka berkawan dengan sesiapa saja.tapi yang paling penting kawan aku tu mesti la seorang yang setia,sanggup berkongsi susah atau senang dengan aku,dia tak boleh la senang-senag meperendahkan kemampuan diri ku walaupun kekurangan dari diri ku..dulu,aku ada seorang kawan karib, nama nya MAZNI.kami rapat sangat dan kadang-kadang,orang panggil kita orang sebagai kembar siam..ke mana saja aku pergi,mesti dia ada punya.apa-apa masalah,kita akan kongsi bersama-sama.aku sekelas dengan nya sejak dari sekolah rendah lagi sampai la sekolah menengah..tapi sekarang,kami dah berpisah,walaupun begitu,aku tetap berhubung dengan nya melalui telefon.dan bila balik kampung jer mesti aku terus pergi ke rumah nya.sekarang nie dia belajar di tingkatan enam dekat kampung kami..masa mula-mula nak datang UDM hari tu,rasa sedih sangat sebab terpaksa berpisah dengan kawan-kawan sekolah tapi apa yang mampu aku buat..masa dekat UDM ni,ramai jugak la dapat kenalan baru tapi kawan yang rapat ada 2 orang.dia pun budak kelantan jugak.nama nya ATIKAH & MIZAH..Dia pun kos TESL jugak.mereka banyak bantu aku dalam pembelajaran di sini..mereka ni boleh tahan la,tak de la banyak perangai sangat & paling penting,kedua-dua nya comel...
KAMPUNGKU
Bagi aku tiada tempat terindah melainkan negeri dan lebih-lebih lagi kampungku yang paling indah sekali..aku tinggal di kelantan..walaupun bunyi macam takde la menarik sangat tapi aku rasa rugi kalau sesiapa yang tidak melawat kelantan..nama kampungku ialah kampung PADANG LATI..kampung ku terkenal dengan penduduk yang peramah dan sentiasa tolong menolong..setakat ini penduduk kampung aku semua nya muslim..paling menarik sekali bila ada kenduri.semua penduduk kampung bagai kan satu keluarga kerana saling tolong menolong antara satu sama lain..setakat ini kampung ku juga belum lagi tercemar dengan pembangunan dan kebanyakkan kawasan kampungku adalah sawah padi dan taman permainan bagi kanak-kanak.
Wednesday, October 15, 2008
IBU-BAPAKU

Dalam hidup aku,orang yang paling aku sayang sekali ialah kedua ibu-bapa dan juga seluruh keluarga ku..tak tau la,tak dapat aku bayang kan hidup aku tanpa kedua ibu-bapaku..
aku hanya panggil ayah aku dengan panggilan wea saje..wea seorang yang baik hati dan faham dengan ape jua keadaan ku..ma pula selalu jer bagi idea..isshhh...best nye kalau masa nie aku dapat duduk kat rumah dengan ma dengan wea..sejak kecil lagi ma dan wea selalu bagi yang terbaik untuk diriku dan mereka sentiasa mengajar aku untuk terus jadi seorang tabah dan dan berdikari dalam ape jua keadaan untuk keajayaan aku di masa hadapan..mereka juga selalu ada untuk ku tak kira masa aku senang atau susah..sebenarnya,banyak juga perkara yang aku ingin lakukan kepada kedua ibu-bapa ku kalau aku dah berjaya.tapi yang paling penting aku nak sangat tunai kan impian mereka untuk pergi ke mekah..apa pun yang berlaku,aku akan cuba sedaya upaya aku untuk lakukan apa saja impian mereka dan aku akn buat mereka sentiasa bahagia..i
HOBIKU
Hobi ku ialah menonton tv dan juga membaca novel..tapi setakat ini tak de la banyak sangat baca novel sebab kos nak beli novel banyak sangat..kalau la aku kerja tak pe la jugak tapi kalau teringin sangat nak baca biasa nya pinjam dengan kawan jer..biasa nya kalau baca novel boleh tak makan nasi dan boleh menangis..aku suka baca yang romantik dan penulis yang paling aku suka ialah DAMYA HANNA..setakat yang aku baca novel yang dia karang ni tak de la boring tapi best sangat..hobi yang kedua ni pun best jugak..kalau dapat tengok tv dan pada masa tu jugak ada cerita best,boleh kata aku takkan berganjak punye..kadang-kadang sangup bersengkang mata untuk tonton tv..cerita yang aku suka tengok setakat ni ialah soleha,pangako sayo,dan banyak lagi..tapi aku paling suka kalau dapat tengok cerita yang jalan cerita dia menarik,sedih,kelakar dan romantik...
Subscribe to:
Posts (Atom)